SamCity Backgrounds
} .profile-data { margin:0; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; color: #777744; font-weight: bold; line-height: 1.6em; } .profile-datablock { margin:.5em 0 .5em; } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em; } .profile-link { font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; text-transform: uppercase; letter-spacing: .1em; } /* Footer ----------------------------------------------- */ #footer { width:660px; clear:both; margin:0 auto; padding-top:15px; line-height: 1.6em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; text-align: center; } -->

Saturday, February 28, 2009

Bersyukurkah Kita??


Khamis lepas, lebih kurang pkl 9 mlm, aku melawat seorang sahabat di hospital PPUM. Aku biasa memanggil dia dgn pggln ATEH.

Ateh adalah teman sepermainan aku sewaktu aku masih kecil..dialah sahabat yg dulunya sering bersama aku belajar erti kedewasaan..kini kami membawa haluan masing-masing setelah aku menyambung pelajaran dan berkahwin.

Dah lama rupanya dia terlantar di hospital, hampir sebulan. Aku pula baru shj diberitahu, bila Ateh sendiri yg menghantar SMS pada aku sehari seblumnya memberitahu keadaannya..

Sesampainya aku, kedatanganku yg membuatkannya gembira barangkali, masih mampu mengukir senyuman . Jelas di raut wajahnya , terpamer suatu penderitaan dan lelah yg masih belum sudah.

11 tahun yg lalu, sewaktu Ateh berumur 16thn, di hospital ini jugalah dia dirawat kerana penyakit kanser rahim. Dugaan besar buat Ateh apabila doktor menyarankan supaya rahimnya dibuang demi menyelamatkan nyawanya.

Hati mana yg tak kecewa, sewaktu dia baru shj ingin melangkah dewasa, dia diberi kata dua. Ingin terus sakit atau terpaksa merelakan pembedahan di buat demi kesihatannya. ATeh tahu..pastinya selepas ini, dirinya bukan lagi seorang wanita yg sempurna kerana setiap insan mampu memberi zuriat kepada suaminya kelak..tapi dia? Ateh dah tak boleh mengandung! Itu adalah hakikat yg terpaksa ditelan. Bukan mudah utk kita utk menghadapi semua itu..andainya aku di tempat Ateh. Belum tentu aku sekuat dia. Namun, setiap kepahitan pasti ada manisnya, bila Ateh mendirikan rumah tangga 3 thn lepas dgn seorg jejaka yg sudi menerima dirinya seadanya walaupun tahu keadaan Ateh sebegitu.


Namun, ' panas yg disangka smpai ke petang tapi hujan ditengahari'.. hny selepas dia berumah tangga, Ateh kembali masuk ke hospital bila dia mengadu sakit2 perut. Kini doktor pula mengesahkan, dia mempunyai ketumbuhan dlm perut akibat pembedahan yg tidak sempurna dilakukan oleh bekas doktor yg merawatnya dahulu. Bukan itu saja, usus Ateh juga semakin teruk.

Tiada cara lain yg boleh mengubati ATeh kerana doktor sendiri tak berani nak melakukan pembedahan tersebut kerana dikhuatiri sakitnya menjadi 2 kali ganda berbanding operation yg dilakukan dlu. Risiko pembedahan kali ini juga peratus berjaya adalah 50-50 dan amat membahayakan nyawa ATeh. Sakitnya kini hanya ditahan dgn menggunakan bius yg plg kuat. Itupun masih sakit lagi. Sesekali kelihatan Ateh menyeka air matanya dek menahan keperitan itu

Ateh sedih ..aku pun turut sedih. AKu hampir melinangkan air mata, bila aku lihat penderitaan Ateh. Kini semuanya hanya tunggu dan lihat. Aku pasrah.. dlm hati, terdetik bersyukurkah aku dgn semua yg ALLAH beri? kesihatan? kebahagiaan? Kesempurnaan?? Apalagi yg aku nak sekiranya aku tak tahu bersyukur dgn apa yg aku ada skrg.. Ya ALLah.ampunkan aku!

Ateh, aku tahu kau kuat..hny doa dah harapan aku panjatkan semoga kau kembali sihat dan tetap tabah mengharungi semua ujian ini..

No comments: