SamCity Backgrounds
} .profile-data { margin:0; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; color: #777744; font-weight: bold; line-height: 1.6em; } .profile-datablock { margin:.5em 0 .5em; } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em; } .profile-link { font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; text-transform: uppercase; letter-spacing: .1em; } /* Footer ----------------------------------------------- */ #footer { width:660px; clear:both; margin:0 auto; padding-top:15px; line-height: 1.6em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; text-align: center; } -->

Monday, September 15, 2008

Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan merekasebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki?

Saturday, September 6, 2008

MerDeka EVe!!

Back to the last week Merdeka nite, fr the 1st time ever as husband n wife, we had planned to celebrated it in KL.(En.edy suggestion setelah
aku mengomel2 buhsan duk kat umh while all the
ppl is enjoying the
nite out there
)

Slps mkn domino pizza's as our dinner(en.edy blanje) we goin' to KL by riding his old greenish color motobike (heheh..En. edy ader hati nk tuka moto besar, xgoyang bile naik katanye. ahaks!)merempitla kejap :p. Maka, pegila kami ke dgn harapan dpt menyambut kemeriahan tu di Dataran Merdeka. All the way ke sana, mmg bnyk la moto2 yg merempit gak mcm kami nie..dgn membawa bendera'jalur gemilang' dgn gahnya..tp the best part is, we oso can see all the beauties queen huggin' them tightly, surprisingly dgn hanya memakai tube n short skrit shj..aku rasa laki2 mane pon xkan tahan bile tgk diowg menonggek kat atas moto tuh with most of their skin fairly exposed... "tak sejuk ke diowg tu?" tny aku kt en.edy..hahah, "dah biasa kot"
he replied. AKu sendiri pon xtahan dgn kesejukan mlm tu(siap pakai sweater lagi), ditambah pulak dgn hujan trun yg renyai2...'mungkin aksi begini lebih seksi dan mengiurkan kot' getus hati aku n dlm pada msa yg sama meluat dgn kelakuan anak2 muda yg menyambut merdeka walhal pada firasat aku, tahu benarkah mereka ini erti sebuah kemerdekaan??

Our early plan mmg nk gi dataran merdeka, tp lain pulak halnye bila bnyk jln2 yg ditutup, kami mmg dah xtau nk pegi mane then trus jela ke KLCC cz xmau mensia2 kan mlm merdeka tu..dgn harapan kat sana mungkin lagi Best!

KLCC@ KL is hectic as oways, org ramai bertali arus, demi merasai kemeriahan suasana ,merdeka mlm tu, bukan shj rakyat Malaysia saja yg smbut merdeka malah, Indon..Bangla pon nk sambut kita pny Merdeka gak! pelik2..patutla ramai gilerr,rupanya2..ade pulak org2 yg xberkenaan meraikan mlm ni? huhu..nasibla.. ape nk buat? Malaysia sbnrnya harus lebih tegas dlm hal menyekat kemasukan pendatang haram ni dr berleluasa. Tidak hairan la suatu hari nnt, kita sendiri tenggelam punca dlm arus kemajuan negara sendiri di mana semua sektor dimonopoli oleh BUKan bangsa kita sendiri!! fikir2kanlah.. *sigh*

Lepak2 kat tepi kolam smbil menikmati pemandangan di KLCC sblm acara 'count down' bermula, aku sgt lah suke tgk bnyk lampu2 yg cantik di hiasi di sekitar KL and taman nie..sungguh indah n menarik..


Tepat jam 12.00 mlm,lampu dipadam, seluruh kwasan menjadi gelap!. Terkejut gak..(igtkan black out ke?)Tiba2.. kedengaran suara Y.A.B Timbalan Perdana Menteri kita Dato Najib bin Tun Razak melaungkan "MERDEKA!'!!" sebanyak 3 kali seterusnya lagu "Negaraku" kami nyanyikan..kemudiannya disusuli pula lagu2 patriotik. Kendengaran berdentam dentum bunyi das bunga api dilepaskan..Tp ape yg menghampakan kami, we can't see any fireworks on the sky..cz cahaya tu, rupa2nya terlindung di sebalik bangunan2 pencakar langit.Pelancong2 yg ader pon tertunggu2..xde pape pon yg berlaku.Kami hanya dpt melihat kemeriahan itu dr screen besar yg disediakan shj.*sigh**..kesian Cik Edy, xpuas ati dgn suasana di KLCC mlm tu. Mana taknya, inilah pertama kali seumur hidup die nk sambut merdeka..huhu. AKu lak dlu penah gak, kt dataran jela, tp ngn kwn2 kolej.(rindunye wktu itu..huhu)

Dlm fikiran aku, ade baiknya kami pegi ke dataran merdeka tadi dgn hanya berjalan kaki. Parking jela moto kat mane2 yg berdekatan..cz from far aku leh rasa kan it's more happening there! So,mlm tu kami pun pulang dgn perasaan hampa..uhuk2!


Friday, September 5, 2008

ME: On Training..BLUR

It's REHAT time! due to a fasting month ( i'm fasting today okay?), so i might get a lil' chances to updates this blog. Am I addicted to blogging now? Maybe? hehe..

Sadly to say..Currently,I can't ON9 ..cz im fully occupied with ON & OFF training that's avoid me frm login to my fav' hobbies!(surfing the net! heheh..) , and this will drag me till end of this month as i knw it's fr my own good tht brings me to the next level of my job.(actually im getting to luv my NEW task now!).wink*

Oh ya! las week my fren AFZAN gave birth to a healthy baby boy name 'Affan Rifqi'.What a wonderful name!!. Congrates to her! Reading to her blog :www.afzanistrator blogspot.com is making me realized on how strong she is in giving birth to her 1st son! I'm so proud of u afzan!(sgt happy,terharu and sedih bilamana dia tahan segala kesakitan demi melahirkan AFFAN) and that reminds me to My MUM on how she raised me up and beared with all the hard time in taking care of me. ~sedih~ Thx mum.

To AFzan: Im sorry cz i cant make it to visit u as promise, got loads of stuff to do lately la my dear! Insyallah..once u get back here I'm goin to be the 1st who's turn up rite infront ur doorstep k?! I just hardly can't wait to meet my Affan :p!hehe..anyway,enjoy ur holidays as a new MUMMY! muah!

Tuesday, September 2, 2008

SALam Ramadhan To All!!!

Ramadhan menjelma lagi..the month so much awaited frm us!!. So.this year turn to B my 2nd year berpuasa with my husband..(still in honeymoon time..yeke??) Hopefully Ramadhan kali ni..memberi seribu erti buat kami berdua..who knos by nex year we'll celebrate the Raya soon wif THREE of US!! :p (insyaallah..doa2 kan la ek)

1st PUASA thn nie..we spent our time in Parent in law house. SAje nk bsahur n bbuka kt sna..yelahh!..nnt asek blah my mum je(say my hubby :p). Mmg teruja bila stat stat puasa..mlm sblm pose we had decided wht to cook fr 2moro monink dishes..spending my time fr 1st nite fr Solat Terawih with all brother's in law, the nex day just relax2 dpn Tv..(nuttin much to do..just lazying watching TV-nama pon pose kan?)

Den after zohor, Mak, Abah n Hubby went out to Pasar to get ready fr Berbuka nnt..aku lak xgi cz kena jaga my niece kt umh (mak die kena keja). Mata aku lak dah stat nantok nihh. While waiting fr them, hujan mula lah trun selebat2nya diikuti dgn guruh pe sume..Black out lak smpai 3 kali..takut gilerrr cz kat luar really dark as hell! Manelah diowg nie..risau gak kalo2 tkandas dek banjir ke? aaihhh

Finally..they came back safely! (thx god!!). So at 4.30Pm we've started to prepare fr our dinner..ermm we managed to cook

1) SAyur lemak kobis
2) Ikan 'jacket' ngn smbal sumbat panggang
3) Ikan Kerapu msak KUKUS
4) Smbal belacan
5) Telur masin
6) Sambal ikan bilis
7) Kuih-Popia goreng + chekodok lemak manis(e.edy fav!)
8) not to forget -Ulam pegaga :-)
9) Air teh + air tembikai..

ermm..yummy!!! So..blk umah smlm ngn pewut yg kekenyangan..gggggg..amik bantal trus tido..!!zzzzzzz....

Tuesday, August 26, 2008

Call me hopeless romantic, but ..

  • I love it when someone hide the birthday card in his shirt (all day long) just want to surprise me at the later hour
  • I love it when someone lullaby me to sleep
  • I love it when someone rescheduled his hectic weekend just to make sure I am in it
  • I love it when someone kissed me on the forehead when we are about to depart
  • I love it when someone snapped my pictures without me realizing it
  • I love it when someone stayed up all night to be my companion during my sadness day
  • I love it when someone YM me at the office asking how am I doing today
  • I love it when someone email me my favourite songs every passing day
  • I love it when someone said he is worried when I didn’t pick up the phone when I’m in the middle of something
  • I love it when someone turned on the radio and said that this is gonna be our song
  • I love it when someone brushed the dirt of my pants and held me up whenever I tripped
  • I love it when someone put my picture besides his laptop during his work
  • I love it when someone called me every waking hour just to hear my voice
  • I love it when someone kiss me in the middle of the night just to say ‘I luv u’ eventhough he’s well aware I’m already asleep
  • I love it when someone kiss me ‘good morning’ when I wake up
  • I love it when someone kiss me ‘good night’ when I’m about to go to sleep
  • I love it when someone cooked me dinner and blushed when I said it was tasty
  • I love it when someone stayed up all night just to spend time with me even he’s already yawning thousand times
  • I love it when someone said he’s worried for me when I’m sick and ask me to get my medication
  • I love it when someone buy me airtime for my phone when I say I’m running low
  • I love it when someone brushed his fingers through my hair when we were lazying watching DVD
  • I love it when someone sent me sweet messages during work just to makesure I know that he thinks of me
  • I love it when someone made plans for us to spend together for many weeks ahead
  • I love it when someone surprise me 12am on my birthday with my favourite Secret Recipe whole cake
  • I love it when someone feed me food with his spoon eventhough I’m capable of doing it myself
  • I love it when someone put on my favourite shirt and perfume when we are going out on a date together
  • I love it when someone buy me 99 stalks of flowers /wrapped gift eventhough there is no occasion
  • I love it when someone said he wanted to take me out to fine dine even I know he doesn’t have that much money
  • I love it when someone stared into my eyes and support me when I was bitching around about everything under the sun
  • I love it when someone burned my favourites songs into CDs just to make me happy and enjoy listen to it
  • I love it when someone drove me around town in the middle of the night and lend me his shoulder to lean
  • I love it when someone put on a satisfied expression on his face when eating my home-cooked meal
  • I love it when someone burned my favourite tv series into DVDs so that I can watch it over and over again
  • I love it when someone hold my hand and said will be always mine!
  • I love it when someone said he love me and will treat me good for the rest of my lives
  • I love it when I am in love with someone…the air crispier, the sky bluer and the sun shinier

I’ve had my fair share (trust me, from not only one man..hehe).. Have you ladies? :)

Morale of the story: Find a guy who can love you unconditionally, over the moon over you and willing to go extra miles for you, or else he doesn’t deserve your love..

Saturday, August 9, 2008

Tolong Ingat Kan Aku

Tolong ingatkan aku,
Andai aku terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan aku,
Supaya ingat pesan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan aku,
Dengarlah dan bacalah al-Quran,
Tika radio penuh nyanyian,
Tika televisyen penuh hiburan.

Tolong ingatkan aku
dimana Islamnya zahirku,
jika aurat didedahkan,
disingkat diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan aku,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan aku,
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan aku,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga disana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan aku,
Diri ini milik Yang Kuasa,
Kepada-Nya jiwa diserahkan,
Segalanya Dia-lah tumpuan..

RELEVANKAH AKU DI HATIMU

Hari ini genap sebulan aku menjadi suami kepada kekasih hatiku. Kadang-kadang rasa lucu juga memikirkan jodohku berakhir dengan teman sekolahku itu. Nurul Akasyah... dalam ramai gadis yang kutemui, rupanya dia sahaja yang berbekas di hati. Sedangkan memang tidak pernah terlintas pun semua ini akan terjadi. Jelaslah segala ketetapan hidup berada di tangan Tuhan Yang Maha Esa dan manusia hanya mampu merancang. Takdir menentukan kami akan melayar bahtera perkahwinan ini bersama-sama. Aku rela dengan ketentuan ini.

Walaupun suatu ketika dahulu aku hampir sahaja mahu bertunang dengan Nur Jannatul Adnain, namun begitu ajal menjemput dia terlebih dahulu. Sedih memang sedih. Mujur waktu itu perasaan cinta sahaja ingin bertunas, kalau tidak mungkin sukar juga dengan menerima kehadiran cinta yang baru. Kemudian mama melobi adik kembar seiras kepada Nur Jannatul Adnain iaitu Nur Jannatul Ma'wa sebagai calon isteri solehah, tetapi aku pula yang menolak. Bukannya sebab dia tidak memenuhi kriteria pilihan hati, cuma waktu itu aku belum bersedia menerima dia dalam hidup aku. Terikat pada situasi yang menghendakkan aku menepikan soal hati dan perasaan.

Aku melirik pada Akasyah yang sedang menguap untuk kali ke berapa. Matanya makin mengecil dari semasa ke semasa. Sambil mencuci pinggan, sempat dia menyanyi kecil. Tidak pasti lagu apa. Yang kulihat dari tadi mulutnya itu asyik berkumat-kamit. Berzikir agaknya, aku cuba fikir yang baik-baik tentang dia. Sejak menjadi suami kepada Nurul Akasyah, aku mempunyai satu hobi baru - memerhatikan tingkah lakunya dari jauh. Dalam satu minit aku boleh lihat seribu satu jenis mimik muka dari dia. Memang mencuit hati.

"Pergilah naik tidur. Nampak mengantuk sangat tu." Kataku sambil menutup perlahan peti sejuk dua pintu warna biru tua yang mengisi ruang dapur rumah kami ini. Menyimpan baki lauk makan malam sebentar tadi.

"Sungguh?" Soalnya seperti teragak-agak dengan cadanganku.

Mana pernah dia tidur dahulu tanpa aku. Segala perkara di dalam rumah ini kami akan lakukan bersama-sama. Dan biasanya aku akan bacakan kisah sirah ringkas kepadanya sebelum tidur. Akasyah suka benar mendengarnya. Malam ini terpaksa diberi pengecualian. Aku mengangguk, memberi izin. Kasihan pula melihat dia yang sudah tidak bermaya. Nampaknya aku akan keseorangan malam ini.

"Ada kerja perlu beres malam ni?"

Dia menggeleng lalu mengambil tempat di sisiku.

"Aduh... dah lembik sangat ni." Usikku apabila dia melentokkan kepalanya ke bahuku. Jarang dia mahu bermanja denganku selagi tidak dipinta. "Ini mesti nak suruh dukung sampai atas katil..."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, sepantas kilat dia menjauhkan dirinya daripada aku dengan wajah tersipu-sipu malunya itu. Aku pura-pura mendekatinya dan beraksi seperti mahu mencempungnya. Cepat-cepat Akasyah berlari ke arah lain. Syah, Syah... sampai sekarang masih mahu malu-malu. Macamlah aku ini orang lain sahaja.

"Tak apalah. Larat lagi jalan sendiri. Oyasumi..." Katanya lalu mengucup kedua-dua belah pipiku. Tiba-tiba sahaja dia jadi segar-bugar dan kuat. Walhal tadi sudah lemah satu macam. Dia berlari-lari anak menuju tangga untuk ke kamar utama di tingkat atas. Sempat dia menoleh lalu berkata...

"Adam, nanti..."

"Adam??" Aku menjegilkan mata sebesar-besarnya.

"Oppss!!" Dia terus menekup mulut.

"Adam sayang... i mean... sayang... darling," Ucapnya dalam kekalutan. Mungkin bersalah kerana selalu sangat terbabas memanggil aku dengan nama "Adam" ataupun "Kaduk", walaupun sudah berkali-kali diingatkan.

Susah agaknya dia nak biasakan diri. Habis semuanya terkeluar. Aku sudah mahu ketawa. Pura-pura berwajah serius.

"Nanti tolong gerakkan bangun tahajud macam biasa."

Aku diam, tidak membalas.

"Jangan lupa ya, sayang." Katanya lagi dengan menekankan perkataan sayang. Cuba menutup kesalahannya tadi.

"Pernahkah sayang lupa selama ni?" Soal aku lembut. "Lagipun dah tak perlu missed call dan bagi mesej macam dulu lagi. Kalau goncang tak bangun-bangun, boleh jirus dengan air aja kan." Kataku lagi sambil mengenyitkan mata.

Dia ketawa. Aku suka lihat wajahnya dalam keadaan gembira begitu. Matanya bersinar-sinar seperti disimbah cahaya. Tanpa membalas kata-kataku, dia meminta diri ke tingkat atas. Aku tersenyum sendiri memikirkan isteriku yang malu-malu kucing itu. Syah, Syah... sampai bila agaknya mahu main lari-lari dengan aku. Baru hendak tunjukkan sedikit rasa kasih sayang, dia pula tak mahu dan segan bukan main.

Ah! Sunyi betul, getus hati kecilku.

Sejak bertukar status ini, aku pantang sahaja keseorangan. Mulalah kesunyian mencengkam diri. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja berkepit dengan Akasyah dua puluh empat jam. Lagak seperti pasangan baru mengenal cinta. Ya lah, kami bercinta selepas berkahwin. Semasa bertunang dahulu pun, kami sama-sama telah berjanji untuk menjaga batas pergaulan. Aku sendiri berusaha sedaya upaya menahan diri daripada ditarik-tarik supaya mendekati gadis pujaan hatiku itu. Kadangkala rasa bersalah juga memikirkan tindakan aku menjauhkan diri daripadanya dahulu.

Aku beralih ke ruang rehat. Televisyen dipasang. Aku melabuhkan punggung di atas sofa warna hijau serai. Aku baru sahaja hendak mengajaknya dia temankan aku menonton televisyen bersama-sama. Melihat perkembangan yang berlaku di dalam dan luar negeri. Alih-alih dia mahu beradu pula. Tak apalah. Dia kan penat mahu berehat. Aku memerhatikan langkah longlai Akasyah memanjat tangga ke kamar utama di tingkat atas, tidak sampai hati pula mahu menahannya.

Lagi-lagi berita tentang penindasan umat Islam dipaparkan. Aku jadi hiba. Islam yang bermula dari keadaan asing dan kembali menjadi terasing. Benarlah seperti yang diriwayatkan dalam satu hadis.

Dari Tsauban r.a, katanya Rasulullah saw pernah bersabda: "Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang mengerumuni hidangan." Lalu sahabat bertanya, "Apakah ketika itu bilangan kami kecil, ya Rasulullah?" Jawab Rasullah saw, "Tidak. Bahkan ketika itu bilangan kamu ramai namun cuma umpama buih-buih di lautan. Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah swt akan mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati-hati kamu." Lalu sahabat bertanya, "Apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah." Kata Rasulullah saw, "Iaitu cintakan dunia dan takut mati."

Ya Allah... memang benar musuh-musuh Islam telah dicabut darinya rasa hormat pada pengikut Muhammad saw ini. Saudara seagama kami diperlakukan seperti binatang. Dibunuh sesuka hati. Segala tragedi yang menimpa sekarang mungkin atas sebab kita sendiri sudah terpesong jauh dari pegangan Islam. Islam hanya tinggal nama. Ya Allah, mungkinkah Kau sedang menghancurkan mereka yang tidak cinta padaMu?

Sepertimana yang terlaku pada kaum-kaum yang terdahulu, Allah menghapuskan kaum yang engkar pada muka bumi ini seperti dalam firmannya: "Wahai orang-orang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling dari agamanya, maka kelak Allah mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui." (al-Maidah:54)

Nauzubillah... moga-moga aku dan kaum keluargaku dijauhkan dari fitnah akhir zaman ini dan termasuk dalam golongan mereka yang berpegang teguh pada Deen-Mu. Amin ya rabb.

Warta berita tiga puluh minit berakhir sudah. Aku mematikan siarannya. Tiada apa lagi yang ingin ditonton. Lagipun terlalu banyak hiburan yang dipaparkan sehinggakan aku naik risau mengenangkan nasib anak-anak aku nanti. Dalam ledakan hiburan tanpa sempadan ini, suatu cabaran besar bagi ibu bapa mahu mendidik anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah. Dugaan dan godaan dari luar terlalu kuat.

Aku membelai ubun-ubun isteriku yang sedang nyenyak tidur. Penat sangat agaknya. Aku memerhatikan nafasnya yang teratur. Susah juga rupanya kalau berkahwin dengan kawan baik kita sendiri. Kadangkala aku terpaksa menyuruh Syah bermanja-manja dengan diriku. Dia tu, malunya bukan main. Tetapi kesalahan tidak patut disandarkan pada dia semata-mata kerana aku juga memainkan peranan besar dalam mengusik setiap kali dia cuba memanjakan dirinya padaku.

Mataku tidak lepas memerhatikan wajahnya yang kelihatan comel seperti seorang bayi. Dia tersenyum tiba-tiba. Mimpikan aku agaknya.

Aku menarik nafas panjang. Akasyah, tak sampai satu jam aku sudah rindukan dia. Cepatlah hari siang. Abang rindukan gelak tawamu, sayang.