SamCity Backgrounds
} .profile-data { margin:0; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; color: #777744; font-weight: bold; line-height: 1.6em; } .profile-datablock { margin:.5em 0 .5em; } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em; } .profile-link { font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; text-transform: uppercase; letter-spacing: .1em; } /* Footer ----------------------------------------------- */ #footer { width:660px; clear:both; margin:0 auto; padding-top:15px; line-height: 1.6em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; text-align: center; } -->

Sunday, November 23, 2008

Sesekali aku teringat..

Mase aku kecik dulu...

1-aku suka pakai baju baru, xkiralah dah berapa kali mak aku tegur,"dah2 la tu dik..jemu org tgk nnt". Aku tetap xendahkan. Yang penting, semua org perlu tahu aku ada baju baru~ahaks

Mase aku kecik dulu...
2-aku suka main 'pondok2'. Tak tau apa istilah zaman skrg. Ada juga kita pernah sebut, main 'mak2', main 'masak2' dan main 'sorok2'. Tu semua seangkatan dengannya. Yang pasti, setiap kali, aku punyai masa lapang, pastinya mak dpt mencari aku dibawah pokok cermai sedang bermain dgn rakan2(skrg dah xde, ditebang dek bapak aku kerana malas menyapu daun2nya yg banyak..)


Mase aku kecik dulu...
3-setiap kali aku tgk tv, pantang bile aku dgr Raja Ema atau Aisyah (yg dlu agak popular)menyanyikan lagu kegemaranku. Pastinya, seharian aku akan menyanyi lagu2 tu smpai naik tebal telinga mak aku dek kerana menahan sakit telinga mendengar aku menyanyi. Aku pegang sikat atau remote control tv utk dijadikan mircophone..ehehe(skrg aku sndr dah lupa lirik2 lagu tu!)

Mase aku kecik dulu...
4-Jangan sesekali tinggalkan make up atau kasut tinggi merata2 tempat, kerana brg tu sudah pasti akan jadi milik aku..walaupun smmgnya saiz kasut tu aku tahu mmg tak sepadan dgn aku. Aku juga mahu jadi cantik seperti mereka! Akhirnya..kasut2 auntie2 aku yg jadi mgsa!

Mase aku kecik dulu...
5- Sebelum keluar, aku pasti mengenakan baju yg menarik dan lipstik yg merah dibibirku..kerana aku pasti, bibir adalah aset yg penting utk setiap wanita..(perasan! padahal umur aku baru 3-4 thn masa tu)

Mase aku kecik dulu...
6- Sebut saja tarian, aku sgt suka! Aku pandai menari especially tarian inang..hehe. Lembut sungguh jari jemari aku meliuk lentok!

Mase aku kecik dulu...
7- Setiap kali makan bila bdepan dgn adik2 aku, aku pasti akan berlumba, siapa yg akan habiskan makanan terlebih dahulu. Kononnya..sape yg abes dlu dialah yg hebat!. Aku sendiri tak tahu, apa motifnya aku buat begitu. Natijahnya, aku sering tercekik belum sempat aku mhabiskan butiran nasi yg terakhir.

Mase aku kecik dulu...
8-Aku yakin aku lebih pandai dr kakak aku kerana seawal usia 5 thn, aku dah boleh tuliskan surat utk cikgu kakak aku, atas alasan tidak dpt hadir ke sekolah kerana demam..waktu itu, kakak aku di darjah 1. hehe..

Mase aku kecik dulu...
9-Setiap minggu aku akan menulis surat kepada kawan baik ku di kmpg namanya Julia, tapi dia bgtau aku, tak pernah sekali pon dia dapat surat tu. Aku mengesyaki posmen kat rumah aku tu yg punya angkara, bila aku tanya rupa2nya suatu hari dia bgtau.."adik..mcmn surat adik ni nk sampai kalau adik tak letakkan setem kat ctu?". Aku terkedu..malu! Sejak itu aku tak pernah bagi surat kat kwn aku lg. Aku segan jumpa abg posmen tu.

Mase aku kecik dulu...
10- Aku rajin membantu mak aku basuh pinggan, tp hanya dgn pinggan2 yg semmangnya mak aku dah basuh!. Alasannya..aku tak suka tengok pinggan tu kotor. Aku hanya suka basuh pinggan yg bersih2 saja. ( sebenarnya bila aku pikir skrg, lebih baik tak payah basuh..hehhe)

Mase aku kecik dulu...
11- Teman yg mmg tak lekang dari tidur ku dari dlu smpai sekarang. My fav' 'bantal busuk'. Jgn sesekali buang, sbb aku akan mencari bantal yg baru utk aku jadikan bantal busuk ku!