Alhamdullah..kurang lebih 3 bulan lagi..aku bakal menjadi ibu kepada seorang bayi LELAKI insyaallah..kini kandungan aku dah hampir menjangkau 7 bulan. Sedar tak sedar..skrg adalah masanya utk aku membuat persediaan..mane tahu..takut2 kalo bayi ni dah tak sabar nk keluar awal..segala kemungkinan itu..perlu aku tempuh.
Pesan mak..aku kena bersedia sbb sewaktu dia melahirkan abg aku yg sulung dulu, dia xcukup bulan, 7 bulan je dah bersalin..
Hari-hari..makanku kian bertambah, sepinggan nasi mesti ditambah dua..berat skrg dari 55kg dah naik 63kg.
Kandungan 6 bulan lebih
Stocking..booties and all..sgt cute n geram!!
Baju yg siap di basuh
Pagi tadi pegi checkup, aku dapat MC harini lgpon badan rasa xberapa sedap. Aku kena berpuasa selama separuh hari..utk menjalani ujian tahap Glukosa dlm darah. Pukul 10.30 doktor amik darah dan aku disuruh minum air gula segelas sampai habis..eeuuuuu..rasa yg sgt memualkan. 12.30 tghari aku dtg balik ke kinik utk amik darah kali ke-2. Alhamdulilah..ujian menunjukkankan 4.5 (tak lebih 7). meaning paras gula dm badan adalah normal dan aku jauh dr penyakit kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung. Sekiranya ada, kemungkinan ia akan membahayakan bayi di dlm kandungan..dan aku mungkin terpaksa di bedah..owh..suatu keadaan yg menyakitkan..aku takut melalui semua itu..
Harapan aku, biarlah bayi ini lahir dgn sempurna, sihat dan selamat.. semoga aku tabah dgn segalanya.. Insyallah