SamCity Backgrounds
} .profile-data { margin:0; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; color: #777744; font-weight: bold; line-height: 1.6em; } .profile-datablock { margin:.5em 0 .5em; } .profile-textblock { margin: 0.5em 0; line-height: 1.6em; } .profile-link { font: normal normal 78% 'Trebuchet MS', Trebuchet, Arial, Verdana, Sans-serif; text-transform: uppercase; letter-spacing: .1em; } /* Footer ----------------------------------------------- */ #footer { width:660px; clear:both; margin:0 auto; padding-top:15px; line-height: 1.6em; text-transform:uppercase; letter-spacing:.1em; text-align: center; } -->

Friday, May 15, 2009

Kes Pertama Influenza H1N1!!!!!

Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini."Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkanpositif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukanpada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican."Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia."

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalamdan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama."Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.Menurut kenyataan itu lagi, kementeria meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagitujuan siasatan dan pemerhatian.

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikanjumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kes terkumpul sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding denganlaporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik diFasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagiperlindungan kesihatan antarabangsa.

The Result!!

CHECKED!

1- Jantung baby - OK
2- Only Mild Contraction
3- Bukaan masih 1cm


Setelah doctor mengesahkan everything is fine, aku dibenarkan pulang...


Waiting ..and I'm still waiting.. 24th May 2009 to come..

Wednesday, May 13, 2009

AKu Panic!!



Today dah rase sakit sket2..then lately sbnrnya..aku found out ader kuar darah sket2 mcm nk period tuh..ADEKAH ??? hurmmm..


Japgi en.edy smpai amik aku dr.tempat keja, wait n see wether this is the final and it is the TIME!!..


DON't PANIC!! relaks2..



p/s: will update more later~

Tuesday, May 12, 2009

Hari-hari yang mendebarkan!

Hari-hari yang mendebarkan bakal tiba..now aku dah 38 minggu, msh gagah mennuggu hari2 terakhir sebelum aku bergelar ibu. Perasaan skrg mmg bcampur2, antara takut, risau dan gembira..tp skrg lebih kpd tak sabar sbb kalo boleh aku nk cpt2 merasa bgmn perasaan dsaat aku dah melahirkan dan saat pertama kali menatap wajah baby aku sendiri..indahnya perasaan itu sebagaimana yg digambarkan oleh kwn2 aku yg dah pernah mengalaminya.


Semalam aku cuti lg, checkup utk mggu yg ke -38(dah bnyk MC aku dah amik sbnrnya..kdg2 sakit belakang, abdoment la..bwh la, mklum la bile dah semakin berat, semakin bnyk la ragam org mengandung nie). So far, doktor inform yg baby mmg dah bnyk turun no wonder aku semakin susah n sakit bile brjalan, surprisingly now bukaan aku dah 1cm. so tggu tanda and sakit tu dtg jer. Doctor bitau..aku akan deliver anytime jer based on my condition now. mungkin mggu nie or next week.

Bagusla kalo mcm tu, aku pon dah tak larat nk pegi keja..hehe. Tak sggup nk menunggu due date 24hb nie..which is hopefully earlier than that.

Dlm keadaan yg tgh sarat nie..utk membantu mpercepatkan aku bsalin, aku pon menggagahkan la diri utk bjalan2, kdg2 kt IOI mall la..baru2 nie kt Putrajaya (1st may) ngn family aku, kekdg kt Alamanda la..padahal sbnrnya..mmg rase mcm nk terjelepok jatuh kt ctu..alangkah best nya kalo dpt berehat di katil ku sndr..ehehehe (mls la tu :p)


SO, papehal pon, semoga ALLAH memberi aku kekuatan dan ketabahan utk menahan sgl kesakitan tu nnt..

p/s: doakan semoga aku and baby selamat..insyaallah!



Friday, April 17, 2009

Annoying~



AKu tak mau rase begini..tp aku tetap sakit hati..nak buang jauh2 perasaan itu..tp gagal!

Cube fikir perkara yg indah2..very soon...jgn layan perasaan yg tak menentu! Tak baik..tak elok..I hv my own Mrs. SHrek now..(as wht Aira called )..hurm..



Lupakan...

Lupakan..

I can do it!!

Sunday, April 12, 2009

Jemputla Datang!!

Seperti yang dijanjikan..Home Sweet Home!!
Jemputla dtg ke rumah ku..Taman Lestari Putra, Seri KEmbangan..Selangor :-)


Rumah yg telah siap di cat, di grill dan di kemas lebey kurang..huhu

Amik mase sebulan utk selesai di kemas2..kerana saye yg sunggoh la tak larat!
Our favourite kaler, caramel and white..setelah pening brpikir2 selama 1 bulan sebelum pindah.. nk pilih kaler ape..

Friday, March 13, 2009

Temporary



Ahd lepas aku pindah rumah..so at the moment, bnyk lagi kerja2 mengemas yg masih belom dilakukan..internet pulak lom disambung lagi..rase tak best bile nk blogging kt opis yg sememangnye..memerlukan aku fokus sepenuh perhatian especially bile lately aku sgt busy dgn kerja2 yg melambak2.. nasib baik bole curik2 mase dgn Facebook..at least tau gak la update dr kwn2 semua.. kalo FRIENDster plak jgn ckp la.. dah berkurun aku tak bukak.. rase mcm xbest je skrg nk ber -frindster2 nie..sgt tak BEST lah!!

So..bile2 aku free nnt..aku akn upload gmbr2 yg aku snap..utk umh aku yg baru tu k? daaaa...

Saturday, February 28, 2009

HOw Well You Know Your Hubby Or Boyfie??

Let's see how well I know my baby Enchek Edy (Rusydi bin Arifin).


1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Buletin Utama / Discovery Channel/ Sport

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand Island..

3. What's one food he doesn't like?
Semua suke..cuma tak suke yg pedas sgt! Lidah mat salleh nie..hehe

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Kopi Tarik satu!

5. Where did he go to high school?
STAR- Sek.Men.Tengku Ampuan Rahimah Klang

6. What size shoe does he wear?
size :7 (which is same with me :p)

7. If he was to collect anything, what would it be?
Suke kumpul botol air mineral..then leh jual balek..hehe

8. What is his favorite type of sandwich?
Fillet O'Fish frm Mc'D

9. What would this person eat every day if he could
My home made meal..he luv my cook!

10. What is his favorite cereal?
Jarang mkn cereal, tp kalo ader dia suke coco cruch with Susu.

11. What would he never wear?
Oversized T-shirt esopecially material yg panas

12. What is his favorite sports team?
Takde yg specific..

13. Who did he vote for?
We never vote before..apedaaa...

14. Who is his best friend?
It's ME!! hehehe..(actually semua org pon best fren dia..takde yg terkecuali..rajin tegur org ler katakan, Cina umh sblh pon best fren dia gak. :p)

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Terkejutkan dia dgn TIKUS!! heheh

Bersyukurkah Kita??


Khamis lepas, lebih kurang pkl 9 mlm, aku melawat seorang sahabat di hospital PPUM. Aku biasa memanggil dia dgn pggln ATEH.

Ateh adalah teman sepermainan aku sewaktu aku masih kecil..dialah sahabat yg dulunya sering bersama aku belajar erti kedewasaan..kini kami membawa haluan masing-masing setelah aku menyambung pelajaran dan berkahwin.

Dah lama rupanya dia terlantar di hospital, hampir sebulan. Aku pula baru shj diberitahu, bila Ateh sendiri yg menghantar SMS pada aku sehari seblumnya memberitahu keadaannya..

Sesampainya aku, kedatanganku yg membuatkannya gembira barangkali, masih mampu mengukir senyuman . Jelas di raut wajahnya , terpamer suatu penderitaan dan lelah yg masih belum sudah.

11 tahun yg lalu, sewaktu Ateh berumur 16thn, di hospital ini jugalah dia dirawat kerana penyakit kanser rahim. Dugaan besar buat Ateh apabila doktor menyarankan supaya rahimnya dibuang demi menyelamatkan nyawanya.

Hati mana yg tak kecewa, sewaktu dia baru shj ingin melangkah dewasa, dia diberi kata dua. Ingin terus sakit atau terpaksa merelakan pembedahan di buat demi kesihatannya. ATeh tahu..pastinya selepas ini, dirinya bukan lagi seorang wanita yg sempurna kerana setiap insan mampu memberi zuriat kepada suaminya kelak..tapi dia? Ateh dah tak boleh mengandung! Itu adalah hakikat yg terpaksa ditelan. Bukan mudah utk kita utk menghadapi semua itu..andainya aku di tempat Ateh. Belum tentu aku sekuat dia. Namun, setiap kepahitan pasti ada manisnya, bila Ateh mendirikan rumah tangga 3 thn lepas dgn seorg jejaka yg sudi menerima dirinya seadanya walaupun tahu keadaan Ateh sebegitu.


Namun, ' panas yg disangka smpai ke petang tapi hujan ditengahari'.. hny selepas dia berumah tangga, Ateh kembali masuk ke hospital bila dia mengadu sakit2 perut. Kini doktor pula mengesahkan, dia mempunyai ketumbuhan dlm perut akibat pembedahan yg tidak sempurna dilakukan oleh bekas doktor yg merawatnya dahulu. Bukan itu saja, usus Ateh juga semakin teruk.

Tiada cara lain yg boleh mengubati ATeh kerana doktor sendiri tak berani nak melakukan pembedahan tersebut kerana dikhuatiri sakitnya menjadi 2 kali ganda berbanding operation yg dilakukan dlu. Risiko pembedahan kali ini juga peratus berjaya adalah 50-50 dan amat membahayakan nyawa ATeh. Sakitnya kini hanya ditahan dgn menggunakan bius yg plg kuat. Itupun masih sakit lagi. Sesekali kelihatan Ateh menyeka air matanya dek menahan keperitan itu

Ateh sedih ..aku pun turut sedih. AKu hampir melinangkan air mata, bila aku lihat penderitaan Ateh. Kini semuanya hanya tunggu dan lihat. Aku pasrah.. dlm hati, terdetik bersyukurkah aku dgn semua yg ALLAH beri? kesihatan? kebahagiaan? Kesempurnaan?? Apalagi yg aku nak sekiranya aku tak tahu bersyukur dgn apa yg aku ada skrg.. Ya ALLah.ampunkan aku!

Ateh, aku tahu kau kuat..hny doa dah harapan aku panjatkan semoga kau kembali sihat dan tetap tabah mengharungi semua ujian ini..

Thursday, February 19, 2009

When SHE tagged me..


Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this].

***************************************************************

1- Pekerja yg berdedikasi- cett! heheh

2-Me..a mother to be! Im so Lucky!

3- Due date on this 5th May(plg awl).or else 24th May 09(plg lmbt kot) as what doc mention to us..hope everything will be fine.

4- Going to have Baby BOY as our 1st child..Insyaallah..just cant wait the moment

5- Fall in love and get married with my beloved and loving husband Enchek Edy. Thanks for loving me sayang!

6 - Nikah on 18-08-07.

7- AKu sgt sensitif nowadays..hadooii.. kena kawal perasaan selalu

8- Juga kuat makan..

9- Tahap kesihatan juga tak menentu..kdg2 sakit kepala..gastric plak setiap hari..tiap2 pagi without fail aku akn muntah2 dlu..then bru leh pegi keja..

10 - Di sebbkan sakit gigi yg terlalu kerap..aku pon bjumpa doktor..awal feb aritu..berjaya jugak aku menyuruh dia mencabut gigi yg berlubang ni agar tak sakit slalu.. hilang sudah penderitaan aku..uhuk2

11 - Perut yg semakin membesar ditambah dgn penambahan berat badan.. aku dah start malas nk buat keja.. semuanya bgantung kpd mood.. kalo mood aku ok.. memasak ke..mencangkul rumput kt belakng umh pon tak jadi masalah..

12 - Pantang tgk ape yg org makan..trus aku pon teringin nk makan.. contohnya..KFC, MCD, Durian, Nasi lemak, Roti Canai.. asi krim.. dll.

13 - SKrg agak busy dgn keja..plus urusan pembelian umah..rezeki anak mungkin.. insyallah.. pindah bulan March ni.. pindah brg sket2 kt Tmn Lestari Putra, Seri Kembangan. Seb bek umh pon takde la jauh dr umh sewa skrg.. agak2 nk dtg nnt leh la dtg pas aku dah abes pantang..huhu. Time tu kemas umh betul2 kot..hehe

14- Aku akan berpantang kt umh mak aku kt Tmn Medan nnt. agak sedey ..cz nnt kemungkinan besar aku pon takleh nk pegi kenduri A'a this becoming 28th May 09.. doa kan kebahagiaan dia dr jauh jela..

15- Owh..dlm keadaan begini..aku masih gagah pegi bercuti ke Langkawi. sERONOK BANGAT!!..jauh baby aku ni berjalan yek?


16- Last but not least..aku nk bitau yg aku RINDU kamu!!.. bila la boley jumpa kan?

**************************************************************


##dgn ini..aku sgt suka nk menge'tag' TEA, AIRA, YANA, AFZAN dan ntah..sape2 yg rajin nk buat. Sila la ye?? Now it's ur turn my dear frenn..heheh!



Wednesday, February 18, 2009

Matahari Yang Kian Cerah..


Lama sudah,aku tak bertandang ke sini..merencana kehidupan aku yg kian mencambahkan bunga2 cinta..lebih mekar di hati kami..

Alhamdullah..kurang lebih 3 bulan lagi..aku bakal menjadi ibu kepada seorang bayi LELAKI insyaallah..kini kandungan aku dah hampir menjangkau 7 bulan. Sedar tak sedar..skrg adalah masanya utk aku membuat persediaan..mane tahu..takut2 kalo bayi ni dah tak sabar nk keluar awal..segala kemungkinan itu..perlu aku tempuh.

Pesan mak..aku kena bersedia sbb sewaktu dia melahirkan abg aku yg sulung dulu, dia xcukup bulan, 7 bulan je dah bersalin..

Hari-hari..makanku kian bertambah, sepinggan nasi mesti ditambah dua..berat skrg dari 55kg dah naik 63kg.

Kandungan 6 bulan lebih


Stocking..booties and all..sgt cute n geram!!





Baju yg siap di basuh


Pagi tadi pegi checkup, aku dapat MC harini lgpon badan rasa xberapa sedap. Aku kena berpuasa selama separuh hari..utk menjalani ujian tahap Glukosa dlm darah. Pukul 10.30 doktor amik darah dan aku disuruh minum air gula segelas sampai habis..eeuuuuu..rasa yg sgt memualkan. 12.30 tghari aku dtg balik ke kinik utk amik darah kali ke-2. Alhamdulilah..ujian menunjukkankan 4.5 (tak lebih 7). meaning paras gula dm badan adalah normal dan aku jauh dr penyakit kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung. Sekiranya ada, kemungkinan ia akan membahayakan bayi di dlm kandungan..dan aku mungkin terpaksa di bedah..owh..suatu keadaan yg menyakitkan..aku takut melalui semua itu..


Harapan aku, biarlah bayi ini lahir dgn sempurna, sihat dan selamat.. semoga aku tabah dgn segalanya.. Insyallah